|
 |
 |
|

|
  
 |
|
 |
-
Lembaga Piawaian Pengiklanan (Advertising Standards
Authority, ASA) ditubuhkan pada 1977 untuk memberikan
penelitian secara bebas terhadap sistem kawal selia
yang baru digubal oleh industri pengiklanan.
-
Tugas utamanya adalah untuk menggalakkan dan menguatkuasakan piawaian etika yang tinggi dalam iklan. Ini termasuklah untuk menyiasat aduan, mengenal
pasti dan menyelesaikan masalah, untuk memastikan bahawa sistem ini berjalan mengikut kepentingan awam dan untuk menjadi saluran komunikasi dengan pihak
berkepentingan dalam piawaian pengiklanan.
-
Anggota konstituen ASA terdiri daripada:
- Malaysian Advertisers Association
- Association of Accredited Advertising Agents, Malaysia
- Malaysian Newspaper Publishers Association
- Media Specialists Association
-
Kepentingan pengguna merupakan teras utama dalam
perniagaan pengiklanan – kejayaan atau kegagalan jenama berdasarkan kepercayaan dan keyakinan yang
diterjemahkan kepada keputusan untuk membeli.
- Sesetengah pengiklan bermaksud untuk menipu,
menyinggung perasaan atau mengelirukan orang ramai.
Mereka kerap kali gagal. Namun apabila hal ini berlaku,
ia menjejaskan pengiklanan seluruhnya kerana keboleh
percayaannya dicurigai dan tidak adil bagi syarikat dan
pengamal yang telah dengan cermat dan teliti
mengesahkan dakwaan mereka atau mengelak daripada
menyinggung perasaan sebagai cara untuk menarik
perhatian semata-mata.
|

|
- Semua pengamal iklan dikehendaki mematuhi Kod Amalan Periklanan Malaysia.
- Kod dilancarkan oleh Perdana Menteri yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
- Kod merangkumi prinsip yang menjelaskan inti pati pengiklanan yang baik.
- Semua iklan tidak boleh melanggar undang-undang dan hendaklah sopan, jujur dan benar.
- Iklan mestilah menonjolkan budaya dan identiti Malaysia, mencerminkan ciri berbilang bangsa
penduduk dan mendukung falsafah RUKUN NEGARA.
- Iklan tidak boleh mengaitkan atau menggolongkan setiap kumpulan bangsa atau jantina tertentu mengikut pekerjaan, nilai dan latar belakang tradisional.
- Iklan mestilah mematuhi Undang-Undang dalam setiap aspek, sama ada common law ataupun undangundang
statut.
- Semua iklan hendaklah dihasilkan dengan rasa tanggungjawab terhadap pengguna dan masyarakat.
- Semua iklan hendaklah mematuhi prinsip persaingan saksama sebagai prinsip yang diterima umum dalam perniagaan.
- Iklan tidak harus mencemar nama baik pengiklanan atau menjejaskan keyakinan terhadap pengiklanan sebagai perkhidmatan kepada industri dan orang ramai.
- Iklan mestilah dapat dibezakan dengan jelas sebagai iklan dalam erti kata yang sebenar.
- Kod mengandungi garis panduan umum yang relevan bagi semua iklan di samping peraturan bagi sektor tertentu, seperti produk ubat-ubatan dan yang berkaitan serta iklan
yang memberikan manfaat kepada kesihatan, kanak-kanak dan golongan muda dsb.
- Kod dan prosedur kawal selia yang dibentuk untuk mengawalnya bertujuan untuk berfungsi dalam lingkungannya sendiri bagi melengkapkan peraturan sedia ada.
|

|
- Pengiklan dan promoter memikul tanggungjawab utama
bagi iklan dan promosi yang digunakan oleh mereka, dan
mestilah mampu membuktikan kebenaran dakwaan
mereka itu kepada ASA: mereka berkewajipan untuk
memastikan bahawa dakwaan mereka itu adalah
saksama dan jujur serta mengelak daripada menyinggung
perasaan. Agensi pengiklanan berkewajipan untuk
menghasilkan iklan yang tepat, beretika dan tidak
mengelirukan atau menyinggung perasaan. Penerbit dan
pemilik media menyedari bahawa mereka harus
menyebarkan iklan yang hanya mematuhi Kod. Mereka
harus akur dengan keputusan Jawatankuasa ASA.
- Dakwaan yang didapati oleh Jawatankuasa ASA sebagai
menyinggung perasaan atau yang tidak disahkan atau
yang tidak dapat disahkan akan dianggap melanggar
Kod. Setiap individu yang bertanggungjawab dalam
menugasi, menghasilkan, meletakkan dan menerbitkan
iklan atau promosi yang mengandungi dakwaan sedemikian
akan diarahkan untuk meminda atau menarik balik iklan berkenaan dengan segera.
|

|
- Kod dan rangka kawal selia yang diwujudkan bagi mengawalnya bertujuan dan dibentuk untuk berfungsi dalam lingkungannya sendiri dan untuk melengkapkan
kawalan undang-undang ini. Ia bertindak sebagai alternatif dan dalam sesetengah keadaan, menjadi satusatunya cara untuk menyelesaikan pertikaian yang membabitkan iklan. Di samping itu, ia menggalakkan
pemakaian piawaian amalan yang tinggi dalam aspek
cita rasa dan kesopanan yang amat sukar dinilai dalam
undang-undang tetapi pada asasnya memberikan kesan
terhadap keyakinan pengguna dalam pengiklanan.
- Kod menghendaki pengiklan memastikan bahawa semua
iklan mereka adalah sah di sisi undang-undang tetapi
ASA bukanlah badan penguat kuasa undang-undang.
|

|
- Aduan disiasat tanpa dikenakan sebarang bayaran.Aduan mestilah dikemukakan secara bertulis dan
hendaklah disertakan dengan salinan iklan berkenaan
atau nota yang menyatakan di mana dan bila ia disiarkan.
- Pertimbangan yang saksama diberikan kepada penyiasatan
terhadap semua aduan tanpa mengira sumbernya. Walau
bagaimanapun, sebelum menemui ASA, pihak pengadu
industri hendaklah di mana mungkin berusaha untuk
menyelesaikan perselisihan sesama mereka.
- Rayuan terhadap keputusan ASA hendaklah dikemukakan
secara bertulis dan disertakan dengan bukti baru atau
menunjukkan kesilapan besar berhubung dengan
kesimpulan yang dibuat oleh Jawatankuasa ASA.
- Sejak Kod dikuatkuasakan pada 1977, lebih daripada 500
aduan dibawa kepada perhatian ASA. Semua kes berjaya diselesaikan.
- Bilangan aduan kekal pada purata 20 kes setahun sejak 3 tahun yang lalu.
- Bilangan aduan adalah sangat kecil memandangkan setiap orang secara puratanya melihat 1,000 iklan sehari.
|

|
- Beberapa sekatan boleh mengekang iklan yang bercanggah
dengan Kod ini: media tidak memberikan ruang atau
masa siaran; mendapat publisiti buruk; pengiktirafan boleh
dibatalkan oleh persatuan pengiklan/persatuan profesional
agensi.
|

|
-
Dalam era yang tumpuan diberikan pada pembangunan
dan penggalakan industri tanpa kawalan ketat dikenakan;
kawal selia dalam industri pengiklanan bukan hanya
berkesan kos, pantas dan fleksibel malah seiring dengan
perkembangan baru.
-
Kepatuhan dapat dipastikan dengan meletakkan
tanggungjawab pada pengiklan untuk memberikan
pengesahan dan melalui kesepakatan memastikan
pengguna terus dilindungi secara tersurat dan tersirat.
-
Memandangkan pesaing dalam pasaran bebas sentiasa
berwaspada, maka kepentingan diri akan memastikan
integriti semua mesej iklan memenuhi keyakinan yang
diletakkan padanya oleh pengguna dan dalam pada itu,
memastikan tahap kepatuhan yang tinggi dapat dicapai.
|
 |
- Untuk memastikan keberkesanan kawal selia, kesungguhan
orang ramai dalam membuat aduan dan membuat
tindakan susulan serta melibatkan diri dalam prosedur
pentadbiran aduan benar-benar penting dan amat
diperlukan.
|
 |
|
 |
 |
 |
|
 |
All contents
© copyright 2006 Advertising Standards Authority, All rights reserved.
|
|
|